Disclaimer

HARGA
Jual beli kesemua produk ELISS hendaklah mengikut harga yang telah ditetapkan. Pihak AGEN / PENGEDAR / STOKIS hendaklah mematuhi harga jualan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengasas ELISS.
  

KEGAGALAN SYARAT

Sekiranya pihak AGEN / PENGEDAR / STOKIS didapati telah melanggar syarat harga jualan yang ditetapkan, pihak Pengasas ELISS boleh mengenakan tindakan undang-undang ke atas anda dengan sokongan bukti yang kukuh.

PEMULANGAN DAN PERTUKARAN PRODUK

Pemulangan produk hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja. PELANGGAN/AGEN / PENGEDAR / STOKIS dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti. ELISS tidak akan bertanggungjawab ke atas barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. Produk yang rosak ditangan anda tidak boleh dikembalikan kepada pihak kami kerana itu adalah dibawah tanggungjawab PELANGGAN / AGEN / PENGEDAR / STOKIS. Pertukaran produk tidak dibenarkan sama sekali kecuali produk daripada jenis yang sama dan harga yang sama diberikan pengecualian. Sebarang bentuk pertukaran dan pemulangan lain tidak akan dilayan.

PEMBAYARAN & PESANAN BARANGAN

PELANGGAN / AGEN / PENGEDAR / STOKIS diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran. 

Semua pesanan produk hanya akan diproses selepas pihak pengurusan menerima bayaran. ELISS hanya menerima Pemindahan Wang (Credit Transfer), Kemasukan Wang (Cash Deposit). ELISS berhak menolak pesanan barangan tersebut sekiranya anda gagal mengemukakan bukti pembayaran.

No comments:

Post a Comment